Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

Keanggotaan KOWAMAS

Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.


Keanggotaan Kowamas seperti berikut:
  • Anggota Setakat 2008 - 1,355 Anggota
  • Anggota Setakat 2009 - 5,576 Anggota
  • Anggota Setakat 2010 - 5,183 Anggota
  • Anggota Setakat 2011 - 1,589 Anggota
  • Anggota Setakat 2012 - 2,016 Anggota
  • Jumlah Anggota Setakat 2012 - 15,719 Anggota

Kempen Menjadi Anggota 2013Jan 2013

 

Kempen Menjadi Anggota dibuka untuk pendaftaran. Sila berurusan dengan Pejabat Urusan Kowamas atau Pejabat Cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda di seluruh Negeri. Senarai Pejabat Cawangan Kowamas.