Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan
Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua!!! Kowamas sebagai sebuah Koperasi Berdaftar Bumiputra kini bergiat aktif untuk terus menyumbang kearah kemakmuran ekonomi Negara dan ahli-ahli kami seluruh Negara.
Matlamat kami adalah untuk mencapai “Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan” - Keseimbangan pembangunan secara harmoni dalam masyarakat Malaysia adalah satu wawasan. Bersama-sama kita menyumbang kearah matlamat murni tersebut.
Untuk mencapai hasrat tersebut, Kowamas akan terus bergerak maju ke hadapan untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi koperasi didalam bidang Pembiayaan Peribadi
Bai Al-Inah khas untuk kakitangan dan pegawai Kerajaan.
Disamping itu juga, satu projek hartanah baru akan dilancarkan demi memenuhi permintaan golongan pendapatan sederhana dan rendah.
Kempen Menjadi Anggota 2013 telah dibuka untuk pendaftaran. Kempen ini mendapat sambutan amat menggalakkan dan permintaan yang luar biasa disebabkan pulangan Dividen tinggi yang mencecah 30% bagi tahun-tahun yang lepas* setelah mendapat kelulusan SKM.
Sehubungan dengan itu, pihak Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju menaikkan had sebanyak RM 10 juta pada tahun 2013 ini. Untuk maklumat lanjut, semua anggota dan yang berminat menjadi anggota boleh menghubungi pejabat setiausaha di Kelana Jaya.
Kowamas akan melancarkan Promosi untuk tahun 2013 dengan kadar Pengeluaran (PAYOUT) yang sangat menarik dan memberangsangkan dengan dana yang besar.
Kepada semua anggota harap bersabar dan menunggu masanya.
Kowamas mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada Anggota Kowamas yang telah memenangi Hadiah Bertuah bersempena dengan Promosi Ceriakan Raya bersama e-wawasan Kembali Lagi 2012.
Sehubungan dengan itu, Kowamas akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah yang akan diadakan Pada:-
- 5 Oktober 2012
- 10.00 Pagi
- Coffee House,
Malaysia Airline Academy,
No.2 Jalan SS 7/3,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor
Kowamas mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua Anggota Kowamas dan semua kakitangan Kowamas. Bersempena Hari Lebaran yang akan tiba ini, Kowamas mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin.
Kowamas akan memulakan Operasi seperti biasa pada 27hb Ogos 2012.









