Kowamas-WRM / e-rundingan
Secara umumnya, Kowamas-WRM diterajui dan ditadbir urus oleh seorang Ketua Pegawai Operasi serta dibantu oleh seorang Pengurus Besar. Manakala di bahagian pentadbiran mempunyai 1 Pegawai dan 1 kerani untuk perjalanan harian pejabat. Manakala di bahagian Rekabentuk dan CAD terdapat 1 orang Pegawai Arkitek dan 2 orang operator CAD. Buat masa ini komposisi kakitangan adalah mencukupi bagi keseluruhan projek-projek yang ada.
Pada Tahun Kewangan 2010, Kowamas-WRM telah mencatatkan prestasi yang amat baik dengan adanya projek-projek ubahsuai bank-bank tempatan seperti Malayan Banking Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad. Potensi untuk perkembangan syarikat dapat dirasakan dengan kewangan syarikat yang lebih stabil berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.






