Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Promosi Jualan. Dan Terima Kasih juga kepada semua anggota dan pelanggan yang datang dari dekat mahupun jauh.
Promosi Jualan Kowamas Coop Store yang berlangsung selama 4 hari berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua yang hadir.
Dengan permintaan yang tinggi untuk Pembiayaan Peribadi e-wawasan, Kowamas telah mula mempromosikan Raya 2012 yang sangat Kempetitif dengan Kadar Keuntungan yang terendah.
Kepada semua anggota Kowamas sila berurusan dengan cawangan-cawangan Kowamas yang terdekat anda untuk keterangan yang lanjut. Promosi ini bermula dari 1 Jun 2012 sehingga 31 Ogos 2012.
Kowamas telah memulakan servis dengan kerjasama MyEG Services Berhad. Servis ini merangkumi Memperbaharui Cukai Jalan "Road Tax Renew" dan Insuran kereta.
Kepada mereka yang berminat dan untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi cawangan-cawangan Kowamas seluruh negeri atau terus ke cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda.
Kepada semua Anggota-anggota Kowamas yang didahulukan, Kowamas akan berada Di Stadium Bukit Jalil bersempena dengan Hari Koperasi Negara 2012.
Hari Koperasi Negara 2012 berlangsung selama 3 hari, bermula dari 13 Julai sehingga 15 Julai 2012. Manakala Perasmian akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 14 Julai 2012, Jam 8.30 malam.
Semua rakyat Malaysia di jemput hadir untuk meriahkan lagi Hari Koperasi Negara 2012 ini.
Kempen Menjadi Anggota dibuka untuk pendaftaran. Sila berurusan dengan Pejabat Urusan Kowamas atau Pejabat Cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda di seluruh Negeri. Senarai Pejabat Cawangan Kowamas.
Sekalung tahniah ditujukan kepada Dato' Pengerusi Kowamas iaitu Dato' Mohamed Farid Bin Mohamed Zawawi, Anggota Lembaga Kowamas, pengurusan Kanan Kowamas dan kepada kakitangan Kowamas yang terlibat secara langsung dan telah bekerja keras untuk pembukaan Kowamas co-op store yang pertama ini.
Promosi Jualan ini akan berlangsung selama 4 Hari dari 14 Jun 2012 sehingga 17 Jun 2012. Pelbagai barangan yang menarik ditawarkan dengan harga yang terendah di pasaran.
GENERAL MANAGER, ACCOUNTS AND FINANCE
- Based in Kelana Jaya
Requirement
- Bachelor’s Degree in Accounting or equivalent from recognized universities.
- At least 10 years’ experience in Accounting Firms, Finance and Banking Industry.
- Must be fully conversant with Budgeting, Financial Forecasting, Planning & Reporting.
- High level of Integrity with strong leadership skills and able to work under pressure.
Human Resource Department
C-1301, 13th Floor Block C,
Kelana Business Centre,
Jalan SS 7/2, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Email: nazirah.baharin@kowamas.com
CLOSING DATE: 22 OCTOBER 2011
Ucapan tahniah ditujukan kepada Pengurusan Kanan Kowamas kerana telah berjaya membangunkan Projek Hartanah (e-binaan) di Daerah Panji, Jajahan Kota Bharu. Projek hartanah ini melibatkan pembinaan 10 Unit Kedai Pejabat dengan nilai pembangunan sekitar RM 10 juta. Projek ini dinamakan dengan Dataran Kowamas.
Sempena dengan itu juga, Kowamas akan mengadakan Majlis Perletakan Batu Asas dan Jamuan Hari Raya yang akan diadakan pada:-
Tempat : Dataran Kowamas, Lot 1398 & Lot 1232 Seksyen 45, Mukim Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 25 September 2011
Jam : 11.00 Pagi
*Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini*
Kowamas akan mengadakan Jamuan Hari Raya 2011 yang bertempat di:-
- Tempat : Ruang Legar Block B (Tingkat 9)
- Tarikh : 13.09.2011
- Tema : Baju Melayu @ Baju Kurung dan Berpakaian Kemas
Kesemua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Jamuan Hari Raya Kowamas 2011. Terima Kasih.
Pada tahun 2011, Kowamas akan mengadakan Hari Keluarga bagi kesemua kakitangan di semua negari. Seramai lebih kurang 400 keluarga Kowamas yang akan menyertai Hari Keluarga Kowamas pada kali ini yang bertempat di:-
- Tempat : Nilai Spring Resort & Spa
- Tarikh : 7 & 8 Mei 2011
- Tema : Red & Black GLAM
Kesemua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga Kowamas 2011 kali ini. Terima Kasih.
Ceriakan Raya bersama
Kembali Lagi
Sempena Raya Pada tahun 2011, dengan permintaan yang luarbiasa kepada Pembiayaan Peribadi e-wawasan, Kowamas dengan berbesar hati untuk melancarkan "Ceriakan Raya Bersama e-wawasan Kembali Lagi".
Kepada anggota Kowamas yang layak, akan menikmati dan berpeluang memenangi Cabutan Bertuah yang amat bernilai.
Kempen Menjadi Anggota
Kowamas telah melancarkan Program "Kempen Menjadi Anggota" pada tahun 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi anggota Kowamas, bolehlah menghubungi cawangan-cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda, atau menghubungi terus Pejabat Operasi Kowamas di Kelana Jaya di talian 03-78045859.
Pada Tahun Kewangan 2009, Kowamas telah bersetuju untuk mengagihkan dividen kepada Anggota-anggota Kowamas yang layak sebanyak 30% mengikut kelulusan yang diberikan dari SKM. Dividen ini telah pon diagihkan pada Tahun Kewangan 2010 kepada anggota-anggota yang layak sahaja. Kowamas merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota-anggota tersebut.
Cawangan Ar-Rahnu Kowamas di Bangi
Kowamas akan membuka cawangan Ar-Rahnu yang terbaru iaitu di Bandar Baru Bangi:-
Ground Floor, No. 53A
JALAN MEDAN PUSAT 2D, SEKSYEN 9,
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna
Koperasi juga merancang untuk menjalankan Pembiayaan Barangan Pengguna secara Islam kepada ahli-ahlinya diseluruh Malaysia dengan sasaran jumlah pelaburan sebanyak RM 100 juta.
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini meliputi semua jenis barangan pengguna (kekal/non-perishable goods) yang berkualiti dan bermutu untuk dijual kepada anggota-anggota mengikut harga pasaran tempatan.
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan pada 31 Mei 2010.
Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Kepada ahli-ahli Kowamas yang berminat boleh membuat urusan dengan coop store Kowamas, Pejabat Urusan Kowamas dan Pejabat Cawangan Kowamas di seluruh Negara.







